Logo

LOGO RASMI PERSATUAN

1. Gelang berwarna biru yang berpusatkan logo rasmi Politeknik Port Dickson melambangkan permuafakatan di kalangan graduan Politeknik Port Dickson bersama-sama berganding bahu untuk menjayakan visi dan misi Politeknik Port Dickson.

2. Logo rasmi Politeknik Port Dickson yang berada di tengah terdiri daripada huruf “PPD” yang mewakili nama “Politeknik Port Dickson”. Huruf “PPD” diulangi sebanyak 3 kali dan disusun dalam corak berbentuk ombak kerana kedudukan Politeknik Port Dickson adalah berhampiran dengan pantai. Ia juga menggambarkan Politeknik Port Dickson sebagai satu institusi pengajian tinggi yang sedia untuk mengharungi cabaran yang bergelora.

3. Warna biru tua melambangkan pengetahuan, kekuatan dan integriti di kalangan ahli persatuan. Warna biru muda mewakili suasana keprihatinan, kepercayaan dan kedamaian yang diamalkan dalam persatuan. Warna merah mewakili kepimpinan, keberanian dan bersemangat tinggi di kalangan AJK persatuan. Warna putih mewakili kesucian, kebaikan dan keunggulan dalam pengurusan dan segala aktiviti yang dianjurkan oleh persatuan.

4. Motto Persatuan Alumni Politeknik Port Dickson: “Dari Alumni, Untuk Alumni” yang membawa maksud Persatuan Alumni Politeknik Port Dickson ditubuhkan oleh graduan Politeknik Port Dickson demi kepentingan graduan-graduan Politeknik Port Dickson.

© 2017   Created by admin.   Powered by

Badges  |  Report an Issue  |  Terms of Service